skip to Main Content
KEDAH BAMBOO BIOMASS POWER PLANT
KEDAH BAMBOO BIOMASS POWER PLANT
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini menyaksikan satu usahasama melibatkan tiga syarikat utama iaitu Tex Cycle Sdn. Bhd, Pakar Go Green Sdn. Bhd. dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) Niaga Sdn. Bhd. untuk membangunkan sebuah loji biomas di kawasan perindustrian Gurun, Kedah.
Usahasama antara 3 syarikat ini telah dimeterai pada 15 Julai 2020 dan membentuk sebuah agensi dikenali sebagai Pakar B2E Sdn. Bhd. yang akan menjadi pemacu projek pembangunan tenaga boleh diperbaharui, pemprosesan bahan api pepejal biomas, perdagangan dan pengeksportan produk hasil tenaga yang diperbaharui tersebut.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata Kedah akan mempunyai loji janakuasa biomas buluh pertama dan kerajaan negeri akan memberi sokongan secara langsung kepada inisiatif penanaman buluh Malaysia dalam Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2.0 (2010-2030) serta memenuhi syarat Kementerian Sumber Asli dan Tenaga Malaysia untuk menurunkan kadar karbon di Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika perasmian Majlis Pelancaran Usahasama Loji Janakuasa Biomas Buluh di The Jerai Hotel di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga, Dato’ Suraya Yaacob; Pengerusi Pakar B2E Sdn. Bhd, Profesor Dr. Azni Idris dan Presiden Persatuan Biorchar Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamad Amran Mohd Salleh.
“Walaupun pelbagai pilihan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, biomass, angin, solar, geoterma dan biofuel, beberapa negara maju masih mencari sumber tenaga yang efektif dalam kos terendah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api minyak, gas dan arang batu.
“Justeru itu tidak mustahil permintaan terhadap sumber tenaga biomas atau sumber tumbuh-tumbuhan menyaksikan peningkatan mendadak khususnya di kalangan negara maju atau industri pengeluar tenaga dunia.
“Sumber biomass dilihat antara alternatif yang praktikal, mesra alam, murah dan mudah diperoleh khususnya di negara pengeluar hasil pertanian dan perladangan,” katanya.
Dalam pada itu, usaha sama ini bukan sahaja mampu meningkatkan sektor perindustrian dan industri sokongan malah memberi kesan yang baik dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar berdasarkan logistik penempatan loji janakuasa tersebut.
“Kerajaan percaya bahawa usahasama ini akan membawa kesan positif kepada negeri Kedah dari segi pendapatan, teknologi dan ekonomi negeri dimasa hadapan serta memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan industri berasaskan buluh sebagai satu sumber ekonomi baharu negara,” ujarnya.

Baca Berita Penuh di https://www.facebook.com/umkkedah/posts/1592892734225711

Back To Top

PAKAR B2E SDN BHD


Feel free to contact us at:
+603 3170 3987
info@pb2e.com.my



Copyright © Pakar B2E Sdn. Bhd. All Right Reserved.
Website by [F]