MAJLIS PELANCARAN USAHASAMA LOJI JANAKUASA BIOMAS BULUHMAJLIS PELANCARAN USAHASAMA LOJI JANAKUASA BIOMAS BULUH 17 Ogos 2020 The Jerai Hotel, Alor Setar 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA
Posted by Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA on Sunday, 16 August 2020
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha menggunakan jana kuasa buluh sebagai sumber tenaga baru.
Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Usaha sama Loji Jana kuasa Biomas Buluh yang berlangsung di Hotel Jerai hari ini.
Katanya, Kedah juga bakal menjadi pengeluar utama biochar hasil daripada pelaksanaan projek jana kuasa ini.
“Usaha sama ini akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar berikutan penempatan loji jana kuasa tersebut.
“Walaupun dihidangkan pelbagai pilihan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, biomass, angin, solar, geoterma dan biofuel, beberapa negara maju masih mencari sumber tenaga yang efektif dengan kos terendah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api minyak, gas dan arang batu,” ujar beliau.
Projek ini dikendalikan oleh Pakar B2E Sdn Bhd yang merupakan gabungan antara tiga syarikat utama iaitu Tex Cycle Sdn Bhd, Pakar Go Green Sdn Bhd dan KLPK Niaga Sdn Bhd.
Oleh itu tegasnya, usaha sama ini dipercayai akan membawa kesan positif kepada negeri Kedah dari segi pendapatan, teknologi dan ekonomi negeri di masa hadapan serta memenuhi hasrat kerajaan untuk menjadikan industri berasaskan buluh sebagai satu sumber ekonomi baharu negara.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Read Full Article via https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=788874228593516&id=344643813016562&sfnsn=mo